Pusat Latihan Tenaga Pengajar ditubuhkan pada 02 September 2011 dan mendapat pengiktirafan daripada beberapa pusat pengajian tinggi awam dan swasta untuk menjalankan program-program pendidikan. Pusat Latihan Tenaga Pengajar, telah mengambil langkah bagi menyahut seruan kerajaan dalam mewujudkan pendidikan berterusan dengan menawarkan pelbagai program pendidikan yang mendatangkan manfaat serta merealisasikan impian kerajaan dalam mewujudkan minda kelas pertama. Program pendidikan yang kami tawarkan meliputi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang mendapat pengiktirafan daripada MQA. (Ketahui lebih lanjut di WIKIPEDIA)

       Pembangunan Negara menjadi agenda utama dalam setiap kali belanjawan Negara dibentangkan. Ini jelas terbukti dengan peruntukan yang banyak telah disediakan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK 9) untuk meningkatkan nilai sosio-ekonomi masyarakat, contohnya misi nasional yang dirangka dalam RMK 9 melalui lima teras utama, di mana teras yang kedua adalah seperti berikut:

        “Meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi Negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’. Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Oleh itu kerajaan akan melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan Negara secara menyeluruh dari peringkat pra-sekolah  hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional”

       Sinonim dengan impian kerajaan tersebut maka PLTP telah mengambil beberapa langkah bagi menyahut seruan kerajaan mewujudkan pendidikan berterusan dengan menawarkan pelbagai program pendidikan yang boleh mendatangkan manfaat kepada sektor pembangunan modal insan. 

 

       Melalui program yang ditawarkan, para pelajar berpeluang untuk meningkatkan tahap kelayakan akademik mereka di setiap peringat dan ini secara tidak langsung akan membantu para graduan untuk meneroka peluang kerjaya dalam bidang yang diceburi dengan tawaran jawatan serta memperoleh pendapatan yang baik pada masa hadapan. Oleh yang demikian Pusat Latihan Tenaga Pengajar merupakan platfom yang terbaik dalam melahirkan golongan graduan yang berkualiti dan berdaya saing.

Galeri

Sesi Pendaftaran & Kemasukan

Ikuti PLTP
  • White Facebook Icon
  • White Twitter Icon
  • White YouTube Icon
Aplikasi Pusat Latihan Tenaga Pengajar PLTP
Hubungi PLTP
Tel :  0111 539 0902
Emel : ask@pltp.my
Tempat
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Kuching, Sarawak, Malaysia